Tuesday, December 4, 2012

Saya Bukan Blogger

untuk makluman sapa2 yang tergoogle... lalu terbukak blogni... sbnrnye Blog ini adalah tugasan assignment yang saya kene buat masa KPLI dulu..harap maklum sebarang maklum balas atau cadangan sila ke FB saya rushdy.shamsudin@facebook.

Monday, April 16, 2012

kene berlapang dada

SEJAK akhir-akhir ini kita mendengar pelbagai keluhan serta rungutan terutama dari golongan remaja mengenai masalah yang dihadapi sehingga mereka tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai manusia normal.

Malah, ada kala terlintas di sudut hati untuk menghabiskan riwayat mereka bagi menyelesaikan semua masalah yang membelenggu kehidupan.

Tidak kurang pula yang mempersoalkan keadilan Allah SWT terhadap hamba-Nya dan berasakan bahawa dialah orang paling disisihkan Allah SWT sehingga menghilangkan rasa yakin dalam dirinya dengan segala ketentuan Ilahi.

Setiap ciptaan dari makhluk mempunyai kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT. – Surah As-Saffat, Ayat 164

Sifat ini dirakamkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak protes dan bantahan mereka.” (Surah Al-Kahfi, ayat 54)

Sebagai mukmin sebenar, mereka mestilah yakin setiap kurniaan Allah SWT sama ada nikmat atau ujian adalah satu kebaikan buat seseorang individu. Setiap insan mempunyai keperluan tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah SWT demi kebaikan mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Setiap ciptaan dari makhluk mempunyai kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT.” (Surah As-Saffat, ayat 164)

Hadis dari Jabir Bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim). Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana mereka berkata: Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran, ayat 154)

Peristiwa perang Uhud juga menceritakan perihal mereka yang binasa akibat prasangka dengan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu (orang Musyrikin) menyangka bahawa Rasul dan orang mukmin sekali-kali tidak akan kembali ke pangkuan keluarga mereka buat selamanya sedangkan keindahan dan ketenangan itu berada di hatimu dan kamu berprasangka buruk. Sebab itulah kamu mendapat kebinasaan.” (Surah Fath, ayat 12)

Segala yang diberikan semuanya tertulis dan menunggu bagaimana tindakan kita terhadap apa diputuskan Allah SWT.

Ada kala musibah yang datang menimpa adalah daripada kesilapan tindakan kita sendiri dan hendaklah diterima sesuatu kenyataan itu dengan dada terbuka.

Justeru, hendaklah menerima apa yang dikurniakan Allah SWT sama ada nikmat atau sebaliknya dengan berlapang dada serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapinya. Mereka yang dikasihi Allah akan ditimpa ujian dan musibah untuk menambahkan ganjaran pahala buat mereka.

Saturday, December 3, 2011

Peranan j-QAF dalam sistem Pendidikan Negara.....

j-QAF memainkan peranan yang penting di dalam memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang-bidang di dalam Pendidikan Islam iaitu Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan jawi lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan di dalam kehiduan seharian.
Bahasa Arab Komunikasi juga merupakan salah satu daripada modul yang terdapat di dalam projek j-QAF. Ianya merupakan bahasa tambahan yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan kepada pelajar-pelajar tahun satu. Masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Arab Komunikasi ialah dua waktu iaitu 60 minit. Dengan adanya subjek ini, ia dapat menjadikan bahasa tanbahan kepada pelajar.
Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kualiti pelaksanaan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebaga memperkasakan Pendidikan Islam sebagaimana yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri kita. Ini memandangkan j-QAF bukanlah satu meta pelajaran baru, tetapi ia merupakan inisiatif baru yang dilaksanakan di dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi.